“ADAB mendahului ilmu.” Ungkapan ringkas ini mengandungi makna begitu mendalam. Namun, dalam arus kemajuan teknologi dan dunia digital, makna di sebaliknya kian pudar. Nilai adab yang suatu ketika dahulu menjadi tunjang pembentukan insan dan peradaban bangsa, semakin terhakis. Fenomena buli, penghinaan di media sosial serta sikap tidak hormat antara pelajar semakin membimbangkan. Ia bukan sekadar masalah disiplin tetapi cerminan keruntuhan nilai murni dan kehilangan budi pekerti dalam kalangan generasi muda.…










