Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan isu perpaduan yang sering kali menjadi topik utama ucapan dan kenyataan pimpinan negara sejak kebelakangan ini. Walaupun perpaduan sering ditekankan sebagai elemen penting dalam pembinaan negara bangsa, realitinya wujud beberapa cabaran besar yang perlu ditangani dengan jujur dan berani. Salah satu persoalan pokok ialah perpecahan yang berlaku dalam arena politik itu sendiri. Perpecahan ini, jika diteliti, sering berpunca daripada sikap dan tindakan yang bertentangan dengan…