PENGAMBILAN pelajar merupakan tanggungjawab besar yang dilaksanakan dengan iltizam tinggi, berlandaskan prinsip integriti, keadilan dan kepercayaan masyarakat. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed menyatakan institusi sentiasa komited memastikan setiap keputusan dalam pemilihan pelajar mencerminkan nilai-nilai ini, demi melahirkan generasi peneraju masa hadapan yang seimbang dari segi akademik, etika dan kepimpinan. Pengambilan pelajar ke universiti awam adalah amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh…