SETIAP tahun pada 27 September, Hari Pelancongan Sedunia diraikan bagi mengingatkan dunia tentang peranan penting industri pelancongan dalam membentuk ekonomi, masyarakat dan budaya. Tema sambutan tahun ini, ‘Pelancongan dan Transformasi Mampan’, mengajak masyarakat melihat semula maksud pertumbuhan pelancongan, bukan sekadar dari segi peningkatan jumlah kedatangan pelancong tetapi juga dalam memastikan manfaatnya berkekalan serta dinikmati secara adil oleh semua pihak. Pelancongan membawa makna lebih besar daripada sekadar perjalanan. Ia menjadi pemacu…










