Pastikan tiada pembaziran, ketirisan peruntukan Belanjawan 2026

Pastikan tiada pembaziran, ketirisan peruntukan Belanjawan 2026

PIHAK kerajaan perlu memastikan tidak wujud sebarang pembaziran, penyelewengan dan ketirisan ketika menyalurkan manfaat serta bantuan kepada semua kumpulan sasar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHNIAH diucapkan kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentangkan Belanjawan 2026.

Pihak kerajaan perlu memastikan tidak wujud sebarang pembaziran, penyelewengan dan ketirisan ketika ingin menyalurkan segala jenis manfaat serta bantuan kepada semua kumpulan sasar.

Seperti yang diketahui umum, kita didedahkan dengan pelbagai isu, laporan serta berita yang membawa keresahan rakyat akibat daripada pembaziran, penyelewengan dan ketirisan wang kerajaan seperti isu pecah amanah, penyalahgunaan wang dan harta kerajaan selain masalah berkaitan jenayah rasuah.

Masalah pembaziran ini sedikit sebanyak mencemarkan nama baik dan imej pihak kerajaan serta menyebabkan segala peruntukan yang disediakan tidak mencapai matlamat ditetapkan.

Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

Bagi mengatasi masalah pembaziran, penyelewengan dan ketirisan ini, penting bagi kementerian–kementerian yang terlibat untuk sentiasa memantau dengan ketat segala proses pengagihan serta pembelanjaan.

Sikap sambil lewa serta keengganan mengambil tahu tidak seharusnya wujud dalam kalangan pegawai pelaksana dan penguat kuasa bagi memastikan setiap wang peruntukan dibelanjakan selaras dengan perancangan yang digariskan dalam Belanjawan 2026.

Kerajaan boleh memberi pertimbangan bagi mewujudkan sebuah unit atau agensi khusus bagi memastikan segala wang dibelanjakan mengikut matlamat yang ditetapkan.

Sebarang kelemahan yang dikenal pasti melalui laporan Jabatan Audit Negara pada tahun-tahun lalu perlu diteliti semula dan tindakan sewajarnya diambil agar isu pembaziran, penyelewengan serta ketirisan wang peruntukan kerajaan dapat dielakkan demi kepentingan rakyat mahupun kemajuan negara tercinta.-UTUSAN

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×