SAYA merupakan penduduk di komuniti Bandar Seri Putra (BSP), Kajang, Selangor. Persekitaran kediaman BSP dilingkungi beberapa buah sekolah serta Universiti Islam Selangor (UIS). Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan khususnya Kerajaan Negeri Selangor dapat membuka sebuah perpustakaan di persekitaran ini bagi memboleh anak-anak menyemai minat membaca. Barangkali boleh dicadangkan pembukaan perpustakaan bergerak atau perpustakaan tetap iaitu didirikan bangunan fizikal. Ini juga memberi nilai tambah kepada pelajar UIS untuk mendapatkan lebih…