ISU kamera tangkap laju di lebuh raya sering menimbulkan perdebatan. Tujuan asal pemasangan adalah mendidik pemandu agar mematuhi had kelajuan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan. Namun, dalam situasi tertentu, kamera ini dikatakan menyumbang nahas apabila pemandu bertindak mengejut, seperti membrek secara mendadak sebaik menyedari kehadirannya. Bagi sebahagian pengguna jalan raya, kamera berfungsi sebagai pencegah. Menyedari ada kamera di hadapan, pemandu akan memperlahankan kenderaan. Malangnya, tindakan mengejut tanpa isyarat jelas boleh…