IMAM al-Ghazali pernah menegaskan adab mendahului ilmu, suatu pandangan yang sangat mendalam dan masih relevan dalam konteks pendidikan masa kini. Hal ini sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan (KPM) dalam membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga beradab dan berintegriti tinggi. Namun, isu buli yang semakin meruncing dalam kalangan murid membuktikan pendidikan nilai dan sahsiah masih belum mencukupi. Buli bukan sahaja berbentuk fizikal seperti memukul atau mencederakan tetapi juga boleh…