SUHU politik negara kembali hangat dengan kontroversi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB), yang menerima tentangan meluas. Isu ini mendorong perbandinga antara kepimpinan Perdana Menteri terdahulu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdullah, walaupun dikritik, berjaya memperkenalkan gagasan Islam Hadhari dan banyak berjasa dalam sektor perumahan. Antaranya, beliau melaksanakan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR)…