Siap sedia hadapi bencana banjir

Siap sedia hadapi bencana banjir

ORANG awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan melaksanakan semakan laluan jalan raya sebelum memulakan perjalanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALAYSIA dijangka mengalami Monsun Timur Laut (MTL) pada November sehingga Mac.

Jabatan Kerja Raya bersama pihak syarikat konsesi mengambil tindakan proaktif dalam pengurangan risiko bencana seperti berikut:

Persediaan sebelum bencana:
– Menyediakan peralatan dan juga kelengkapan yang diperlukan seperti papan tanda sementara, penghadang, kepingan plastik kanvas, penghadang bertali, lampu amaran dan lain-lain.
– Bahan utama seperti coldmix disimpan bagi memastikan bahan sentiasa mencukupi untuk kerja-kerja tampalan lubang jalan.
– Lokasi-lokasi yang kerap dinaiki air dikenalpasti dan pancang banjir dipasang menjelang MTL. Lokasi-lokasi kerap berlakunya pokok tumbang, cerun runtuh juga dikenalpasti agar persiapan awal penyediaan barangan keperluan, keselamatan dan trafik mencukupi jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
– Laluan-laluan alternatif dikenalpasti untuk lokasi yang sering dinaiki air.
-Kitaran pembersihan longkang juga ditambah bagi lokasi-lokasi yang sering dinaiki air, termasuklah kerja-kerja CSR seperti gotong-royong bagi membersihkan sekali lagi longkang-longkang yang sering bermasalah ketika MTL.

Semasa bencana:
– Papan tanda sementara dipasang /diletakkan di lokasi-lokasi banjir sebagai pemberitahuan dan amaran kepada pengguna jalan raya.
– Paras kedalaman air diambil pada sela masa yang ditetapkan bagi tujuan pemantauan.
– Pihak konsesi akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan untuk laluan-laluan terhalang (pokok tumbang/cerun runtuh) agar jalan dapat dibuka dengan segera atau dalam tempoh yang ditetapkan.
– Rondaan dan lubang jalan ditampal dalam tempoh 24 jam. Pasukan pemantauan ditambah di lokasi yang dikenalpasti.
– Mengemaskini kejadian bencana di laman Pengurusan Bencana JKR iaitu bencana.jkr.gov.my dari semasa ke semasa.

Selepas bencana:
– Jalan atau struktur yang rosak dikenalpasti untuk tujuan pembaikan.
– Orang awam turut dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan melaksanakan semakan laluan jalan raya yang selamat sebelum memulakan perjalanan.-UTUSAN

JABATAN KERJA RAYA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×