Sekolah agama harus melahirkan insan beriman, berakhlak

Sekolah agama harus melahirkan insan beriman, berakhlak

TERDAPAT kekurangan dalam kurikulum pendidikan di sekolah agama dan tahfiz sehingga berlaku kes buli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERDAPAT ibu bapa yang menghantar anak-anak nakal dan tidak terkawal ke sekolah agama dengan harapan pendidikan dapat mendisiplinkan mereka.

Sayangnya, kes Zara Qairina Mahathir dan Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman berlaku di sekolah agama.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyuarakan kebimbangan mengenai kes buli yang tidak dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah swasta dan tahfiz.

Saya menyanjung tinggi hasrat sekolah-sekolah agama untuk melahirkan insan yang beriman dan berakhlak. Persoalannya, adakah iman diukur pada pakaian? Memadaikah dengan ramainya wanita Islam yang mula bertudung tetapi belum tentu berakhlak.

Islam tidak memisahkan antara iman dan akhlak. Ulama terdahulu menyebutkan akhlak sebagai ‘buah’ dari keimanan seseorang kepada Allah. Tidak ada iman tanpa akhlak.

Tiada guna seseorang yang banyak beribadah namun kerap menyakiti hati orang lain, sombong, bongkak dan ujub.

Pada pandangan saya, terdapat kekurangan dalam kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah agama dan tahfiz sehingga berlaku kes-kes buli. Penekanan harus diberikan kepada pembentukan akhlak berlandaskan keimanan, berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Tidak memadai pelajar-pelajar diajar menghafal al-Quran tetapi gagal menjiwainya. Al-Quran bukan hanya untuk dihafal tetapi untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar.

Jangan jadikan al-Quran sebuah buku cerita dongeng yang mengandungi banyak pengajaran tetapi tidak mengajar manusia menjadi lebih baik.

Saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung. Niat saya hanya untuk membetulkan kepincangan yang boleh menjejaskan institusi agama. Institusi ini sepatutnya melahirkan insan yang beriman dan berakhlak. Kepada Allah saya berserah.-UTUSAN

NORUDDIN IDRIS
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×