Pengeluaran KWSP ikut hijrah dicadang

Pengeluaran KWSP ikut hijrah dicadang

PENDAPATAN pelaburan KWSP melonjak 51 peratus pada suku pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAJAAN sedang meneliti cadangan untuk menambah baik sistem pengeluaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mekanisme pembayaran secara berkala, seakan sistem pencen bulanan.

Bagi pesara yang ingin mengambil wang secara sekali gus hendaklah diberikan pelepasan sekiranya mempunyai baki hutang yang perlu dilunaskan. Manakala jika tidak mempunyai hutang, maka mekanisme pembayaran secara berkala adalah yang terbaik.

Kami juga memohon agar KWSP mempertimbangkan pengeluaran berpandukan kalendar hijrah bagi pengeluaran duit KWSP.

Untuk makluman, sistem berpandukan kalendar masihi masih diguna dalam pentadbiran Kerajaan Madani. Kami berharap juga agar penggunaan kalendar hijrah bagi pengeluaran duit simpanan KWSP ini.

Kerajaan Madani yang berteraskan Islam Madani akan memperkukuh penggunaan kalendar Hijrah secara rasmi yang lebih tepat dan memperkukuhkan agenda Islam Madani di Malaysia.

Maka cadangan kami selaku warga Malaysia agar dipertimbangkan oleh pihak berautoriti di Malaysia.-UTUSAN

DR. ZUNAIDDIN IBRAHIM
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×