IMEJ provokatif, bahasa kasar, gaya samseng dan sikap kurang sopan semakin ketara dalam sidang Parlimen. Apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan oleh ahli Parlimen? Ke manakah arah tuju negara ini jika mereka terus menjadikan Parlimen medan pertelingkahan tanpa noktah? Rakyat memilih dengan harapan dan amanah, bukan sekadar untuk bersuara tetapi membawa perubahan serta kesejahteraan kepada negara. Gaji, elaun dan kemudahan yang dinikmati bukan datang dari langit, semuanya hasil titik peluh rakyat…