SETIAP tahun, tanggal 31 Ogos menjadi saksi laungan keramat “Merdeka!” yang bukan sahaja menggema di udara tetapi turut terukir dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Jeritan itu mengingatkan kita kepada pengorbanan wira-wira terdahulu yang berjuang tanpa mengenal penat dan lelah demi melihat tanah air bebas daripada belenggu penjajahan. Namun, dalam keghairahan mengibarkan Jalur Gemilang, persoalan penting harus kita renungkan, apakah kita benar-benar menghayati erti kemerdekaan? Adakah kita benar-benar hidup bebas atau…