KITA baru sahaja menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos lalu. Pun begitu, sejauh mana rakyat Malaysia memahami erti kemerdekaan sebenar? Merdeka bukan hanya bebas dari penjajahan fizikal tetapi kebebasan minda, jiwa dan nilai kemanusiaan. Hari ini, penjajahan hadir dalam bentuk baharu seperti buli dan provokasi. Buli, sama ada fizikal, emosi atau siber, adalah penjajahan jiwa yang memadam keyakinan dan maruah mangsa. Provokasi pula menyemarakkan kebencian melalui kata-kata atau tindakan yang…