DALAM dunia kerjaya masa kini, suasana dan budaya di tempat kerja memainkan peranan besar dalam membentuk motivasi, semangat dan prestasi individu. Bagi penjawat awam, tanggungjawab bukan sekadar menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat tetapi turut mencorak budaya organisasi yang mencerminkan integriti, hormat dan semangat berpasukan. Namun, di sebalik piagam pelanggan dan slogan korporat, budaya toksik masih berakar di sesetengah jabatan. Ia hadir dalam bentuk gosip, pilih kasih, sabotaj, sikap menikam dari belakang…