CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) wajar diteliti dengan lebih mendalam dan tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa. Sebelum memperkenalkan undang-undang baharu, kerajaan perlu menyelesaikan isu asas seperti tunggakan penyelenggaraan bangunan dan pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 yang masih longgar. Statistik menunjukkan lebih 90 peratus kes berkaitan adalah kegagalan penduduk membayar yuran penyelenggaraan. Ia isu yang telah lama berlarutan. Kerajaan juga perlu menjelaskan definisi, garis panduan dan…