LEBIH sedekad yang lalu, Lahad Datu dan kawasan Pantai Timur Sabah sering dikaitkan dengan krisis keselamatan. Insiden pencerobohan bersenjata pada 2013 oleh kumpulan Royal Sulu Force (RSF) bukan sahaja menggugat ketenteraman awam dan meruntuhkan keyakinan terhadap sektor pelancongan, malah turut mencabar kedaulatan negara. Namun, daripada detik getir tersebut, lahirlah satu inisiatif penting iaitu penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) yang diletakkan di bawah kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah…