DALAM sibuk memberi fokus terhadap isu atau masalah buli yang berlaku di sekolah dan di institusi pengajian tinggi (IPT), kita tidak seharusnya lupa mengenai isu atau masalah buli yang berlaku di tempat kerja. Harus diketahui, isu atau masalah buli boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Isu atau masalah buli yang berlaku di tempat kerja boleh dikatakan berlaku di setiap jenis sektor pekerjaan. Selalunya mangsa terdiri daripada golongan…