Semai patriotisme sejak usia tadika

Semai patriotisme sejak usia tadika

ADAKAN inisiatif menyemai nilai patriotik sejak awal usia menerusi pendekatan ceria dan interaktif. – GAMBAR UPM/MUHAMMAD NAJMAN SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMANGAT kemerdekaan terus disemarakkan apabila Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyantuni seramai 27 kanak-kanak Tadika Kuputra menerusi program Semarak Merdeka PSPK Bersama Tadika Kuputra, baru-baru ini.

Program ini bukan sekadar lawatan, malah merupakan inisiatif menyemai nilai patriotik sejak awal usia menerusi pendekatan ceria dan interaktif. Antara pengisian program termasuk aktiviti mewarna bertemakan kemerdekaan, nyanyian lagu-lagu patriotik, serta pengibaran Jalur Gemilang oleh para peserta cilik.

Ketua Program, Nabiela Mansor berkata, pendekatan turun padang tahun ini memberikan pengalaman lebih bermakna dan berkesan dalam menyampaikan mesej patriotisme kepada kanak-kanak.

Kami pilih tadika kerana ini adalah usia paling sesuai untuk memupuk semangat cinta negara. Jika sebelum ini kami menjemput mereka ke pejabat, tahun ini kami pula mendekati mereka secara langsung. Lebih dekat, lebih bermakna.

Penolong Pengurus Tadika dan Taska Koperasi UPM Berhad, Jamilah Shaari berkata, program seperti ini memberi pendedahan awal yang menyeronokkan kepada kanak-kanak tentang erti kebebasan dan kecintaan kepada negara.

Kanak-kanak sangat teruja. Selain menghiburkan, program ini juga memberi nilai pembelajaran yang bermakna mengenai kemerdekaan.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan strategik iaitu McDonald’s Malaysia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Linemax Media Sdn. Bhd., sebagai simbol kerjasama erat antara institusi pendidikan dan sektor korporat dalam memperkasakan komuniti melalui pendidikan awal. – UTUSAN

NURIN AMYRA AMIR AHMAD
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN