Pasang lampu jalan bukan lesen untuk memecut

Pasang lampu jalan bukan lesen untuk memecut

PEMASANGAN lampu solar, jalan diturap dan pembinaan penghadang jalan bukan lesan untuk pemandu memecut laju kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA menyokong penuh langkah kerajaan memasang lampu solar di kawasan-kawasan tertentu di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk mengelak berlaku kejadian-kejadian tidak diingini kepada pengguna terutama pada waktu malam.

Walaupun saya bukan pengguna tetap jalan tersebut, tetapi ia amat penting kepada mereka yang selalu menggunakannya.

Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan antara kawasan yang telah dipasang lampu solar ialah di kawasan tugu peringatan pembinaan JRTB dan lokasi nahas bas meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta beberapa laluan selekoh.

Laporan itu juga memetik kenyataan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Zamri Mat Kasim sebelum ini pernah memaklumkan pemasangan 385 unit lampu solar di JRTB dijangka siap September hadapan.

Sembilan kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan tersebut bermula 23 Jun lalu.

Diharapkan kerja-kerja itu dapat disiapkan dengan sempurna sebagaimana dijadualkan.

Saya juga memuji pendekatan yang diambil pihak-pihak berkenaan yang menurap semula jalan serta membina penghadang jalan di laluan-laluan berkenaan.

Apa yang penting, setiap pengguna JRTB perlu sentiasa berhati-hati setiap kali mereka mengguna jalan berkenaan.

Pemasangan lampu solar, jalan diturap dan pembinaan penghadang jalan bukan lesan untuk pemandu memecut laju kenderaan.

Mereka perlu ingat, memandu dengan laju akan mengakibatkan kenderaan sukar dikawal semasa bertembung dengan kenderaan lain.-UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN