TAPAK Warisan Dunia merupakan sebuah pengiktirafan yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) kepada lokasi-lokasi yang mempunyai nilai sejagat yang luar biasa. Ia merangkumi warisan budaya, semula jadi atau gabungan kedua-duanya yang dianggap penting untuk dilindungi dan dipelihara bagi generasi akan datang. Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran global terhadap kepentingan pemuliharaan, malah turut memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi melalui pelancongan berteraskan warisan. Idea untuk mewujudkan sebuah gerakan…