Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 memastikan pembangunan teknologi nuklear di Malaysia dilaksanakan secara aman, selamat, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada rakyat. Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT). Malaysia menandatangani CTBT pada 23 Julai 1998 dan meratifikasinya pada 17 Januari 2008. Sejak itu, Nuklear Malaysia selaku Pihak Berkuasa Kebangsaan CTBT mengendalikan dua kemudahan utama di bawah rangka kerja CTBT Organization (CTBTO) iaitu dalam rantaian…