PERUBAHAN iklim merupakan isu global yang memberi kesan terhadap bencana alam iaitu dari segi kekerapan dan keamatan yang berlaku. Bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi, banjir dan peningkatan aras laut merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi yang boleh memberi kesan kemusnahan yang besar dan memberi ancaman kepada harta benda dan kehidupan manusia. Kejadian bencana alam juga boleh dipengaruhi oleh aktiviti manusia yang menjadi pemangkin kepada bencana tersebut.…