DI tengah hiruk-pikuk gelanggang politik tanah air, rakyat mula tertanya-tanya, adakah mereka benar-benar dihargai, atau sekadar bidak dalam permainan kuasa ahli politik? Semakin hari, kemuakan terhadap drama politik yang tiada kesudahan kian terasa, apabila keputusan segelintir elit politik dilihat lebih mengutamakan kepentingan diri dan kelompok daripada amanah rakyat. Rakyat yang sebelum ini mengundi dengan penuh harapan agar kehidupan mereka terbela, kini hanya mampu melihat dari jauh bagaimana mandat itu dipermainkan…










