Perluas kemudahan solat Jumaat di lebuh raya

Perluas kemudahan solat Jumaat di lebuh raya

PENGGUNA lebuh raya dan kakitangan Rehat dan Rawat (R&R) mengalami masalah untuk bersolat Jumaat hingga terpaksa mencari masjid berdekatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAH pihak Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan memulakan program solat Jumaat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan, amat dialu-alukan.

Projek rintis ini memang sudah lama dinanti-nantikan kerana sekian lama pengguna lebuh raya dan kakitangan di R&R mengalami masalah untuk bersolat Jumaat hingga terpaksa mencari masjid berdekatan.

Projek sebegini sewajarnya diperluaskan di beberapa R&R dan antara cadangan untuk dijadikan tempat solat Jumaat ialah Machap di Johor, Ayer Keroh (Melaka), Tapah dan Gunung Semanggol (Perak).

Sebelum ini, apabila singgah di R&R semasa tengah hari Jumaat, kami sebagai musafir bersimpati dengan pekerja kafetaria dan kakitangan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang sukar melaksanakan ibadah solat Jumaat.

PLUS boleh berhubung langsung dengan pihak berkuasa agama kerajaan negeri bagi melaksanakan projek seterusnya.

Selepas diwartakan untuk bersolat Jumaat, hebahan perlu diperluaskan, agar pengguna peka tentang kewujudan surau berkenaan. Kena bersedia seandainya kehadiran jemaah tidak dapat menampung jemaah.

Dalam kes R&R Seremban itu, suraunya memang selesa untuk bersolat Jumaat kerana dapat menampung lebih 150 jemaah, lagipun R&R itu baru siap dibina semula. Kejayaan projek ini mencerminkan kesungguhan PLUS dan jabatan agama Islam negeri-negeri menjayakan agenda Islam dan sewajarnya disokong semua pihak.-UTUSAN

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN