KENAIKAN kos sara hidup terus mencuri perhatian apabila harga barangan keperluan harian dilaporkan meningkat secara konsisten sejak awal tahun ini. Peningkatan melibatkan kos makanan, perumahan dan pengangkutan memberi tekanan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar dan golongan muda yang baru memulakan kehidupan bekerja. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Mei lalu menunjukkan Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Kenaikan ini didorong peningkatan mendadak harga…