GERAKAN koperasi di Malaysia kini telah menjangkau usia 103 tahun. Ia bukan lagi entiti ekonomi pinggiran, tetapi telah berkembang menjadi enjin sokongan penting kepada pembangunan negara. Dari asalnya hanya berfungsi sebagai memberi pinjaman kepada ahli, koperasi kini sudah melangkah jauh, terlibat dalam pelbagai sektor termasuk pelaburan, hartanah, pelancongan, pertanian, teknologi dan perkhidmatan digital. Evolusi ini berlaku hasil kerjasama erat antara pihak kerajaan, ahli akademik dan gerakan koperasi di Malaysia. Tokoh…