INSIDEN yang berlaku tidak seharusnya dianggap sebagai sekadar kegagalan infrastruktur. Ia adalah tragedi kemanusiaan yang meragut kedamaian hidup, harapan persaraan dan keselamatan keluarga. Antara yang terkesan adalah pekerja termasuk ahli-ahli kesatuan yang sebelum ini menyumbang tenaga membina negara. Kini, saya difahamkan mereka hilang tempat berteduh, hilang ketenangan dan hidup dalam trauma. Kepada semua mangsa, saya hulurkan simpati yang mendalam. Tetapi simpati semata-mata tidak cukup, ia harus disusuli dengan tindakan segera.…