SEBANYAK 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di Semenanjung Malaysia dan Sabah sehingga 30 September 2024, dengan 16 daripadanya mengakibatkan kematian.
Sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah serius dalam mengurangkan risiko kemalangan elektrik, khususnya yang meragut nyawa.
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil oleh setiap isi rumah:
1. Pendawaian dan pemasangan yang selamat
• Upah juruelektrik bertauliah dan elakkan lakukan sendiri (DIY).
• Pastikan wayar mampu menampung beban elektrik.
• Elak sambungan longgar dan gunakan penebat yang betul.
2. Guna komponen berkualiti
• Pilih komponen atau produk yang mematuhi piawaian kebangsaan atau antarabangsa.
• Produk murah dan tidak berkualiti mudah rosak dan berisiko tinggi.
3. Pasang peranti perlindungan
• Pemutus litar (MCB) dapat memutuskan arus jika berlaku beban berlebihan atau litar pintas.
• Peranti Arus Sisa (RCD/ELCB) dapat mengesan kebocoran arus dan mencegah renjatan elektrik.
• Pelindung lonjakan melindungi peralatan daripada lonjakan voltan, seperti ketika kilat.
4. Lakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala
• Perhatikan tanda bahaya seperti bau hangit atau perubahan warna pada soket.
• Lakukan pemeriksaan menyeluruh setiap beberapa tahun oleh profesional.
• Pengimejan terma (untuk premis komersial) bagi mengesan komponen yang terlalu panas.
5. Elak lebihan muatan
• Jangan sambung terlalu banyak wayar.
• Agihkan beban secara seimbang antara soket.
• Gunakan jalur kuasa yang ada pemutus litar terbina dalam.
6. Lindungi daripada kelembapan
• Gunakan penutup kalis cuaca untuk soket luar atau bilik basah.
• Pastikan kord sentiasa kering dan jauh daripada air.
• Pasang Pemutus Litar Kecacatan ke Bumi (GFCI) di kawasan lembap seperti dapur dan bilik air.
7. Bersedia menghadapi kecemasan kebakaran
• Pasang pengesan asap, terutamanya berhampiran panel elektrik.
• Sediakan alat pemadam api Kelas C untuk kebakaran elektrik.
• Rancang laluan keluar dan latihan pemindahan kecemasan.-UTUSAN
BULBIR SINGH
Seremban










