Bina infrastuktur bantu pelajar di pedalaman

Bina infrastuktur bantu pelajar di pedalaman

IA bukan sahaja akan memperkasa sektor pendidikan, malah turut menyumbang secara menyeluruh kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROJEK Pembinaan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Keningau Fasa 3, yang sedang giat dilaksanakan merupakan antara usaha bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang selesa, moden dan kondusif di negeri ini, khususnya di kawasan pedalaman. Projek ini dilaksanakan melalui kaedah Reka dan Bina oleh kontraktor Ketara Jaya Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak sebanyak RM53.668 juta, yang mana Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak sebagai agensi pelaksana dengan pengawasan rapi oleh Pasukan Projek Khas 2 JKR. Pembinaan telah dimulakan pada 23 Mac 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 23 Mac 2026.

Pembinaan Fasa 3 projek ini melibatkan pembangunan komponen utama iaitu blok pentadbiran, blok akademik, dewan makan, tiga blok asrama serta kemudahan-kemudahan lain seperti parkir terbuka, gelanggang terbuka, sistem pembentungan dan menara tangki air baharu.

Projek ini bakal menyediakan fasiliti pengajian yang lebih lengkap dan selesai untuk para pelajar serta tenaga pengajar, disamping menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian pendidikan di Sabah. Penyediaan kemudahan fizikal yang moden dan selamat ini juga selaras dengan matlamat kerajaan dalam menyediakan prasarana pendidikan yang berkualiti, berdaya saing dan menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.

Berdasarkan tinjauan, kemajuan fizikal projek telah mencapai 50 peratus dan berada dalam jadual yang ditetapkan serta tiada isu kritikal dilaporkan dan JKR memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut perancangan, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Apabila projek ini siap sepenuhnya kelak, ia bukan sahaja akan memperkasa sektor pendidikan Islam, malah turut menyumbang secara menyeluruh kepada pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat, khususnya di kawasan pedalaman Keningau dan sekitarnya.

Setiap projek rakyat dilaksanakan dengan penuh ketelusan, kecekapan dan kebertanggungjawaban, selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan, ihsan dan kemampanan demi manfaat bersama. – UTUSAN

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN