INSTITUT Waqf Nasional (iWAQF) menzahirkan rasa amat sedih, kecewa dan bimbang terhadap pendedahan serius berkenaan dakwaan penyelewengan harta wakaf Kolej Islam Malaya (KIM) yang dianggarkan mencecah hampir RM10 bilion, seperti dilaporkan media pada 13 Jun, lalu. Pendedahan tersebut menggambarkan pengkhianatan besar terhadap amanah wakaf yang seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan pendidikan dan Islam di negara ini. Isu ini bukan sahaja mencemarkan imej pengurusan wakaf di Malaysia, malah turut mencalar maruah institusi-institusi Islam yang bertanggungjawab memelihara integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Dakwaan aset wakaf disalahgunakan, termasuk dilaburkan dalam syarikat perjudian dan pemindahan hak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya