KECERDASAN buatan (AI) semakin memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor, termasuk bidang pendidikan. Antara manfaat ketara AI dalam pendidikan ialah kebolehannya membantu pelajar mendapatkan maklumat secara pantas dan mudah. Ketika pelajar berdepan kekangan dalam memahami sesuatu topik, aplikasi seperti ChatGPT boleh berperanan sebagai pembantu maya yang memberikan jawapan serta cadangan langkah demi langkah seakan bimbingan peribadi dalam talian. Lebih menarik, AI mampu menyesuaikan kandungan pembelajaran mengikut tahap kefahaman, minat dan keperluan individu. Sebagai contoh, pelajar yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris boleh meminta terjemahan automatik atau penjelasan dalam bahasa ibunda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya