PKR perlu bersihkan parti dari persepsi, elak pertikaian sesama ahli

PKR perlu bersihkan parti dari pelbagai persepsi, elak pertikaian sesama ahli

PKR perlu segera membina semula keyakinan ahli dan juga pengundi yang mungkin ‘termakan’ kenyataan Rafizi Ramli dalam Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHLI akar umbi baik sama ada penyokong PKR dan pemimpin di peringkat bawahan sering terperangkap dan mudah percaya pada sesuatu yang belum terbukti nyata seperti peribahasa Melayu ibarat ‘mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan.’

Contohnya perkembangan terbaharu dalam parti mencetuskan beberapa tanda tanya malah tersingkirnya pemimpin kanan yang dianggap seorang ‘arkitek’ data, serta pemikir dasar, seperti Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi dikatakan berhempas pulas membina semula kekuatan parti dan membangkitkan semangat terus melawan pengkhianatan sehingga memberi impak besar termasuk PKR menjadi sebahagian kerajaan yang memerintah hari ini. Untuk berada di kedudukan hari ini agak sukar sekiranya tanpa Rafizi.

Sementara kenyataan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa kempen pemilihan baru-baru ini dengan mengatakan PKR akan lenyap dalam tempoh lima atau 10 tahun lagi sekiranya ahli terus berbalah.

Kenyataan Nurul Izzah mungkin ada benarnya namun begitu yang mencetuskan perdebatan dan pertikaian penyokong dan ahli akar adalah sistem pengundian kerana terdapat banyak keraguan tetapi dinafikan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Mereka kata tiada kecacatan dalam sistem tersebut.

Pertikaian tersebut mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan termasuk dakwaan wujud usaha mewariskan kuasa kepada keluarga. Harap perkara ini tidak benar kerana ia sama sekali bertentangan dengan semangat reformasi.

Pun begitu, saya percaya terdapat alasan-alasan lain yang mendorong kepimpinan tertinggi mahupun ahli mengangkat Nurul Izzah.

Dalam hal ini, saya berpendapat, biarlah kepimpinan tertinggi menentukan dan mencaturkan masa hadapan parti.

Dalam masa sama, parti perlu segera bertindak membersihkan segala yang didedahkan Rafizi dalam Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK). Ini kerana pendedahan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi penyokong. – UTUSAN

SURVIVAL POLITIK
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN