Perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Perkasa pendidikan awal kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROJEK pembinaan Tabika Kemas Kampung Puteri Menangis, Pontian merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak.

Projek ini telah dimulakan pada 24 Mei 2023 dan telah disiapkan pada 4 Februari 2025, manakala sijil siap kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 28 Februari 2025.

Pembinaan ini bertujuan menyediakan ruang pendidikan awal yang lebih kondusif bagi kanak-kanak. Ia juga bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, serta membentuk kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.

Tabika ini mampu menampung seramai 30 orang pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan sokongan seperti taman permainan, sistem saliran, pagar keselamatan, serta tempat letak kenderaan.

Projek ini bukan sekadar pembinaan fizikal semata-mata, malah merupakan inisiatif yang akan memudahkan masyarakat setempat mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak mereka. Dengan permintaan tinggi terhadap kemudahan tadika di kawasan ini, tabika ini dijangka dapat menampung keperluan pendidikan bagi kanak-kanak berumur lima dan enam tahun.

Sehingga Januari 2025, terdapat sebanyak 10,616 buah Tabika Kemas yang beroperasi di seluruh Malaysia, memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang kanak-kanak. Bagi tahun ini, sebanyak 24 projek Tabika Kemas telah disenaraikan di bawah kendalian JKR yang melibatkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu siap, dalam pelaksanaan, dan pra pelaksanaan. Sehingga kini, dua projek telah siap sepenuhnya, iaitu di Johor dan Pahang.

Sebanyak enam projek sedang dalam pelaksanaan, iaitu di Terengganu, Kedah, dan Johor, serta tiga projek di Negeri Sembilan. Manakala, 16 projek lagi berada di peringkat pra pelaksanaan. Projek-projek ini melibatkan negeri-negeri berikut: Johor (4 projek), Kelantan (1 projek), Melaka (2 projek), Negeri Sembilan (3 projek), Pahang (1 projek), Perak (1 projek), Selangor (1 projek) dan Terengganu (3 projek). – UTUSAN

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN