DALAM semangat membina ekosistem pendidikan yang benar-benar mesra orang kurang upaya (OKU), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan berikut: (i) Penyebaran maklumat bantuan khusus untuk OKU secara lebih meluas di institusi pendidikan menengah dan komuniti setempat, agar tiada pelajar OKU yang tercicir akibat kekurangan maklumat;(ii) Pemantapan kemudahan fizikal dan persekitaran universiti yang mesra OKU selaras dengan peningkatan jumlah pelajar OKU di institusi pengajian tinggi; (iii) Penyediaan program…