TEKNOLOGI yang dahulunya hanya dibincangkan di makmal penyelidikan atau dipaparkan dalam filem fiksyen sains kini menentukan arah tuju masyarakat, pekerjaan dan pembelajaran. Maka, pendidikan tidak boleh lagi hanya berfungsi sebagai penyampai ilmu, tetapi harus menjadi benteng nilai dan bimbingan moral dalam menghadapi dunia digital yang kompleks. Golongan pelajar dewasa dan para pendidik berdepan cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Soalnya bukan sekadar bagaimana menggunakan teknologi, tetapi bagaimana menjadi manusia…