SETELAH menonton filem Memori Seorang Guru lakonan Datuk Rosyam Nor, saya terpanggil untuk merenung kata-kata yang diluahkan watak Cikgu Sunan. Beliau menyentuh satu topik yang amat relevan dan mendalam tentang perbezaan antara niat untuk mengajar dan niat untuk mendidik. Katanya, ramai yang datang ke sekolah dengan niat untuk mengajar, tidak ramai yang datang dengan niat untuk mendidik. Kata-kata ini benar-benar menusuk kalbu saya sebagai bekas guru dan pendidik selama lebih…