Kampung angkat bantu bangunkan kawasan luar bandar

Kampung angkat bantu bangunkan kawasan luar bandar

PELAKSANAAN Program Kampung Angkat Madani antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kampung Menerong di Terengganu diadakan pada 19 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kampung Menerong secara rasmi diiktiraf sebagai Kampung Angkat Madani (KAM) di bawah seliaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi membangunkan kawasan luar bandar secara menyeluruh dan holistik.

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek naik taraf infrastruktur serta pembangunan komuniti di Kampung Menerong, dalam usaha merapatkan jurang desa-bandar secara menyeluruh.

Antara inisiatif utama yang dijalankan termasuklah projek penternakan kelulut bagi menjana pendapatan melalui penghasilan produk hiliran berasaskan madu kelulut.

Lebih membanggakan, Galeri Kelulut Kampung Menerong juga berjaya dibangunkan sebagai pusat tumpuan komuniti dan platform untuk mempromosikan produk tempatan.

Projek Pelancongan Komuniti Desa Persisiran Sungai: CBT Little Amazon pula diperkenalkan bagi mengetengahkan keindahan alam semula jadi Kampung Menerong kepada pelancong luar melalui pendekatan pelancongan berasaskan komuniti.

Kesemua inisiatif ini telah digerakkan melalui sokongan Dana Sejati Madani dengan peruntukan sebanyak RM200,000, serta Komuniti@UniMadani dengan nilai tambahan RM36,200 menjadikan keseluruhan projek ini sebagai satu ekosistem pembangunan komuniti yang saling melengkapi.

Penduduk Kampung Menerong turut diberi peluang memperkenalkan dan memasarkan produk kelulut mereka ke pasaran lebih luas melalui penyertaan dalam pelbagai program dan karnival anjuran universiti.

Melalui platform seperti ini, mereka bukan sahaja dapat memperluaskan jaringan pemasaran dan mengetengahkan produk kepada audiens yang lebih pelbagai, malah turut berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi, pemasaran serta keyakinan diri dalam mempromosikan produk secara langsung kepada pengunjung. – UTUSAN

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN