HARI Ibu sinonim dengan jambangan bunga, ucapan manis, dan pelbagai bentuk penghargaan. Namun, di sebalik senyuman manis seorang ibu, tersembunyi sejuta rasa yang jarang kita bertanya, apatah lagi menyedari tentangnya. Dalam dunia hari ini yang serba mencabar, ramai ibu menyimpan emosi, keletihan, tekanan, dan air mata dalam diam, kerana mereka percaya itu semua hanyalah sebahagian daripada ‘tanggungjawab’ seorang ibu. Seorang ibu bukan sahaja merupakan penjaga anak, malah juga guru pertama,…