YAYASAN Sukarelawan Siswa (YSS) telah melahirkan seramai 2,153 pemimpin sukarelawan siswa yang berjaya melaksanakan 9,665 projek komuniti di seluruh negara. Namun, YSS perlu terus berperanan sebagai satu agensi kerajaan yang proaktif dan pelaksanaan program harus berfokus dan tumpuan harus diberikan kepada Misi Sukarelawan Siswa, Tuisyen Kami, Ejen Perpaduan serta program pembangunan kepimpinan sukarelawan siswa. YSS juga perlu meneliti mengenai keperluan untuk mewujudkan satu dasar atau pelan tindakan kesukarelawan yang komprehensif…