KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini membuka mata ramai pihak apabila angka kegagalan subjek teras seperti matematik mencatatkan angka mengejutkan, iaitu seramai 84,025 calon. Fenomena ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya tentang dasar pendidikan yang diperkenalkan beberapa tahun kebelakangan ini, termasuklah keputusan untuk menghapuskan peperiksaan besar di peringkat sekolah rendah seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun tujuan asal memansuhkan UPSR sebagai satu langkah mengurangkan…










