UMNO Sepitang tak bantu calon PKR di DUN Sindumin

UMNO Sepitang tak bantu calon PKR di DUN Sindumin

AB. RAHMAN MOHD. NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sipitang tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selaras Perlembagaan UMNO melarang membantu calon yang pernah mengkhianati parti.

Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Ab. Rahman Mohd. Noh berkata, pendirian itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Si­pitang yang membincangkan perkembangan selepas pengu­muman calon UMNO Sabah pada 9 November lalu.

Menurut beliau, UMNO Sipitang dukacita kerana BN tidak diberikan ruang untuk meletakkan calon di DUN Sindumin, namun menghormati keputusan parti di peringkat negeri.

Bagaimanapun, pihaknya me­­nyatakan komitmen penuh terhadap calon BN di DUN Lumadan, Datuk Mohd. Nazri Abdullah.

“Mesyuarat khas itu turut membuat semua 17 Bilik Gerakan PDM di DUN N.35 Sindumin ditutup serta-merta dan jentera BN di kawasan itu tidak dibenarkan digunakan oleh mana-mana parti untuk kempen atau aktiviti politik,” katanya dalam kenyataan.

PH dan PKR mempertaruhkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Yamani Hafez sebagai calon di DUN Sindumin pada PRN Sabah.

Yamani antara wakil rakyat UMNO yang keluar parti pada 2018 dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN