Penyokong perpaduan iringi calon PH

PRN Sabah: Penyokong perpaduan iringi calon PH

PENYOKONG parti kerajaan Perpaduan mengiringi Chan Foong Hin ke Dewan Sri Putatan dekat sini untuk proses penamaan DUN Tanjung Aru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penyokong parti kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengiringi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Datuk Chan Foong Hin.

Kumpulan penyokong yang diketuai Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sambil membawa sepanduk ‘Kasi Chan ada harapan’ serta bendera PH dan BN dilihat mengiringi Foong Hin ke Dewan Sri Putatan dekat sini untuk proses penamaan.

PH mempertaruhkan Foong Hin yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah merangkap Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi dalam misi merampas semula kerusi yang diwakili Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong yang merupakan bekas ahli DAP.

Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi diyakini mampu merampas Tanjung Aru daripada Warisan yang menguasai kerusi itu selama dua penggal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN