Bantu keperluan pelajar OKU di universiti

Bantu keperluan pelajar OKU di universiti

BANTUAN dilihat mampu meringankan beban kewangan pelajar terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJUMLAH RM30,000 diserahkan Yayasan Waqaf Malaysia kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi pembelian buggy yang akan dimanfaatkan oleh tujuh pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampus Kuala Pilah. Kemudahan ini dijangka dapat membantu pergerakan pelajar OKU di sekitar kampus, sekali gus menambah baik aspek kebajikan dan aksesibiliti warga universiti.

Selain itu, Yayasan Waqaf Malaysia turut menyediakan wang poket berjumlah RM100 kepada setiap pelajar OKU tersebut.

Turut disumbangkan RM80,000 daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP yang akan diagihkan dalam bentuk wang poket sebanyak RM100 kepada 800 orang pelajar UiTM di Kuala Pilah, Rembau dan Seremban. Bantuan ini dilihat mampu meringankan beban kewangan pelajar terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.

Pihak UiTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar atas usaha awal mengemukakan permohonan pembelian kereta buggy demi menjaga kebajikan rakan-rakan mahasiswa.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat dan Sedekah UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Kuala Pilah atas peranan dan kerjasama menjayakan program ini.

Pihak pengurusan UiTM juga merakamkan jutaan terima kasih dan amat menghargai komitmen Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yayasan Waqaf Malaysia, dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP yang begitu prihatin terhadap keperluan dan kebajikan mahasiswa.

Sumbangan ini bukan sahaja mencerminkan sinergi antara agensi luar dan institusi pendidikan tinggi, malah menjadi pemangkin semangat pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.-UTUSAN

JABATAN KOMUNIKASI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN