Universiti Utara Malaysia (UUM) terus merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan pengalaman industri melalui program Inisiatif Pembelajaran Kolaboratif Global (GCLI) 2.0, yang berlangsung selama dua minggu dari 14 Februari hingga 4 Mac lalu di Bandung, Indonesia.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara UUM, Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Institut Teknologi Shibaura (SIT) Jepun. Seramai 74 pelajar berpeluang menyertai pengalaman pembelajaran global yang menekankan aspek keusahawanan, penyelesaian masalah serta tanggungjawab sosial korporat (CSR).
GCLI 2.0 adalah sebahagian daripada usaha berterusan UUM untuk memperkukuh pembelajaran global dan melahirkan graduan yang berkebolehan di peringkat antarabangsa. Universiti ini sentiasa memastikan pelajarnya mendapat pendedahan kepada latihan industri, kolaborasi antarabangsa, dan pengalaman pembelajaran dunia sebenar.
Pengalaman ini bukan sahaja mengukuhkan kemahiran pelajar dalam perniagaan dan kepimpinan, tetapi juga mendidik mereka mengenai pentingnya empati, kerjasama, dan kesedaran global. – UTUSAN
DR. NIK FATINAH NIK M. FARID
Pensyarah Kanan dan Pengetua INASIS TM,
Universiti Utara Malaysia










