Tangani kejadian renjatan elektrik

Tangani kejadian renjatan elektrik

PENGETAHUAN mengenai pengendalian litar elektrik dan arus elektrik amat penting bagi keselamatan diri di semua tempat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI bekas jurutera elektrik, ingin saya komen tentang berlakunya renjatan elektrik di negara kita. Saya minta pihak yang berkuasa untuk ambil tindakan sewajar untuk mengurangkan kejadian ini.

Para pelajar sudah mempelajari topik Litar Elektrik dalam subjek Sains di sekolah. Pengetahuan daripada topik ini boleh digunakan untuk manfaat diri sendiri atau menyelamatkan orang lain.

Peralatan elektrik berada di sekeliling kita sama ada di sekolah, di rumah, di tepi jalan atau berhampiran padang permainan. Ancaman arus elektrik bukan sahaja datang daripada suis kipas atau lampu tetapi juga daripada tiang elektrik di depan rumah atau kabel yang terputus dan terendam dalam lopak.

Pengetahuan mengenai pengendalian litar elektrik dan arus elektrik amat penting bagi keselamatan diri di semua tempat. Kesilapan mengendalikan alat elektrik atau memegang tiang elektrik yang wayarnya terdedah boleh menyebabkan kemalangan seperti renjatan elektrik, kebakaran, melecur dan juga boleh mengakibatkan kematian.

­Kita tidak boleh menarik mangsa renjatan elektrik dari sumber elektrik menggunakan tangan, sebaliknya perlu menggunakan bahan penebat elektrik bagi menyelamatkan mangsa.

Bahan penebat akan menghalang arus supaya tidak mengalir ke badan manusia. ­

Penting bagi komponen elektrik ialah kenal pasti bahan yang mengalirkan elektrik (konduktor elektrik), kenal pasti bahan tidak mengalirkan elektrik (penebat haba) ­supaya kita tahu bahan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh. – UTUSAN

NURUL YASIN
Taman Megah, Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN