Pilih kandungan pempengaruh yang beri inspirasi

Pilih kandungan pempengaruh yang beri inspirasi

ANAK muda perlu bijak menilai mana kandungan yang boleh dijadikan inspirasi dana mana perlu dielakkan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FENOMENA pempengaruh atau influencer semakin dapat perhatian dalam kalangan anak muda zaman masa kini. Dengan populariti yang diraih di platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Youtube, ramai yang melihatnya sebagai jalan pintas untuk mencapai kemasyuran dan kemewahan.

Namun, trend ini menimbulkan persoalan dan kegusaran mengenai kesannya terhadap aspirasi pendidikan generasi muda.

Menjadi pempengaruh kini dianggap sebagai laluan pantas ke arah kejayaan. Kehidupan mewah, tawaran tajaan, dan pengaruh besar di media sosial menjadikan anak muda lebih tertarik kepada dunia alam maya berbanding meneruskan belajar.

Bagaimanapun, terdapat juga pempengaruh yang menggunakan platform mereka untuk menyampaikan mesej positif seperti Khairul Aming yang merupakan seorang usahawan yang berjaya dan juga pencipta kandungan dengan berkongsi resepi makanan di media sosial tetapi juga menekankan betapa pentingnya pendidikan kepada anak muda bagi menjamin masa hadapan.

Namun, ada juga dalam kalangan mereka yang memberi contoh yang tidak baik seperti mempamerkan gaya hidup mewah dan hedonisme.

Dalam video ucapan Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia 2024 berkata “Sebagai contoh, demi mengejar jumlah view (penonton) dan engagement (interaksi), ada yang sewenang-wenangnya lontarkan perkataan atau pandangan seperti ‘pendidikan itu tidak penting’ atau pun ‘tidak apalah orang kecam, asalkan kita kaya’. Sebenarnya perkara ini sedikit demi sedikit mampu meracuni pemikiran anak muda.

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, pemikiran kritis sangat penting. Anak muda perlu bijak menilai mana kandungan yang boleh dijadikan inspirasi dana mana perlu dielakkan.

Seperti yang dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), teras intelektual sangat penting dalam mendepani kepelbagaian cabaran dan semestinya pempengaruh adalah platform yang terbaik untuk menyinari informasi berfakta dan terkini. – UTUSAN

NUR ATHIRAH & CIKGU MAZLAN
Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN