SETIAP kali Syawal menjelang, kita disajikan dengan deretan lagu raya baharu yang bersaing untuk mendapat tempat di hati pendengar. Tahun 2025 menyaksikan fenomena yang sama di mana artis-artis berlumba-lumba mencipta lagu raya dengan melodi rancak, lirik yang menarik dan mudah dihafal, serta muzik video yang meriah dan berwarna-warni. Lagu-lagu ini begitu mendominasi platform penstriman dan media sosial sejak awal Ramadan lagi. Namun, di sebalik irama rancak dan klip video penuh…
								
								
								
											








