KUALA Lumpur sebulan dua ini pasti mencatatkan rekod sebagai kota paling sesak, paling riuh dan paling berdebu di Asia Tenggara. ‘Jerebu’ tarif menjadikan Bangkok lebih waras, Jakarta lebih tenang dan Manila lebih terkawal. Kuala Lumpur masih hidup saban malam, bukan yuppiesnya sahaja yang menyusuri diakotik dan pub terbaiknya, pelobi-pelobi politik dan pengikut mereka juga masih memenuhi kafe kopi di hotel-hotel mewah. Kuala Lumpur sebenarnya masih mewah dan ceria. Atau sememangnya,…